Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang bertanggungjawab merubah landskap bola sepak negara sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap kemajuan sukan itu pada masa akan datang.
Tidak dilupakan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjadi individu penting kepada transformasi Harimau Malaya di bawah penswastaan sejak awal tahun ini.
Kejayaan menerajui Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Raja Bolasepak Malaysia ketika ini merupakan contoh paling terbaik dengan pelbagai pencapaian dalam masa 12 tahun.
“Harap suatu hari nanti bekas pemain kebangsaan akan mengetuai kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada masa akan datang.”Insya-Allah,” titah baginda.
Itulah kata-kata Pemilik Harimau Selatan itu selepas melihat pelantikan bekas pemain JDT, Hariss Harun, sebagai Naib Presiden Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), baru-baru ini.
Hariss yang pernah bersama JDT merupakan antara bintang dan tonggak harapan skuad selatan tanah air itu ketika menjulang Kejuaraan Piala AFC pada 2015.
sumber:- stadium astro
“Keputusan terbaik, dan sememangnya layak.”Sangat profesional dan insan yang hebat,” tambah baginda.