sukan

TERKINI: Malaysia mengganas di Piala Sudirman

Malaysia membuka kempen Piala Sudirman dengan kemenangan 5-0 ke atas Perancis dalam pertemuan pertama Kumpulan C di Xiamen, China, sebentar tadi.

Kemenangan 5-0 itu sememangnya sudah dijangka selepas wakil Eropah itu memilih untuk tidak mempertaruhkan beberapa bintang utama termasuk Toma Junior Popov-Christo Popov, Thom Gicquel-Delphine Delrue dan juara perseorangan lelaki Eropah Alex Lanier.

Dalam masa sama, skuad negara menurunkan beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, berbanding Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali gus menghadiahkan kemenangan pendahuluan 21-11, 21-9 ke atas Mael Cattoen-Lucas Renoir.

Goh Jin Wei kemudian menggandakan kelebihan itu menerusi kemenangan 21-10, 21-19 ke atas Leonice Huet dalam perseorangan wanita, sebelum Leong Jun Hao turut mencipta kemenangan dengan straight set 22-20, 21-19 ke atas Arnaud Merkle.

Pearly Tan-M.Thinaah menjadikan kedudukan 4-0 selepas menewaskan Margot Lambert-Camille Pognante 21-13, 21-10 dalam beregu wanita, seeblum kejayaan pertama negara disempurnakan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Huat, yang menundukkan Gregoire Deschamp-Elsa Jacob 21-7, 21-19.

sumber:- stadium astro

Malaysia akan menentang Australia dalam perlawanan kumpulan kedua esok dengan kemenangan akan membuka laluan ke suku akhir.