Pep Guardiola mengakui berpisah dengan Kevin De Bruyne adalah antara detik paling sukar sepanjang tempoh beliau mengendalikan Manchester City.
Pemain tengah Belgium itu akan meninggalkan City apabila kontraknya tamat pada penghujung musim ini selepas Guardiola membuat keputusan untuk tidak menawarkan lanjutan kontrak baharu.
De Bruyne, 33, minggu ini menyatakan kekecewaannya kerana tidak diberikan lanjutan kontrak selepas 10 tahun berbakti bersama City.
De Bruyne bergelut dengan beberapa siri kecederaan serius sepanjang dua tahun lalu, menyebabkannya tidak kerap beraksi sekali gus tumpul selepas kembali ke padang.
Dia kini menyertai senarai panjang bintang City yang sudah meninggalkan kelab itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini seperti Yaya Toure, Sergio Aguero, Fernandinho, David Silva dan Vincent Kompany.
Namun begitu, mengucapkan selamat tinggal kepada De Bruyne tetap menjadi salah satu perpisahan paling menyakitkan buat Guardiola.
“Saya sudah melalui banyak perkara bersama mereka, banyak detik baik dan detik yang amat sukar,” katanya.
“Sergio, David Silva, semua pemain – kita boleh senaraikan ramai, dan saya baru sembilan tahun di sini.
“Ramai pemain datang dan kemudian pergi, mereka tetap menjadi sebahagian daripada hidup saya. Mustahil untuk tidak berasa apa-apa. Sudah tentu, ini sangat sukar.
sumber:- HM
“Perasaan yang dia (Kevin) alami, saya amat memahami. Saya doakan yang terbaik buat dia dan keluarganya,” kata Guadriola lagi.
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More
Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More
Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar biasa dalam Baller League, baru-baru… Read More
Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Asia, Selasa lalu. Ini… Read More
Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon naturalisasi iaitu Bergson da Silva… Read More
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu isu membabitkan kontrak beregu wanita negara, Pearly… Read More