sukan

Darwin Nunez undang kemarahan

Darwin Nunez hampir mengundang kemarahan selepas mencurahkan minuman keras ke atas rakan sepasukannya, Mohamed Salah, yang beragama Islam ketika meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi tadi.

Jelas sekali Salah sudah memaklumkan kepada penyerang Uruguay tersebut — yang mula menyertai kelab Merseyside itu tiga lalu — agar tidak berbuat demikian, namun Nunez masih mahu cuba mencurahkannya di atas kepala Salah.

Bagaimanapun, selepas diketahui bir yang digunakan itu tidak mengandungi alkohol, kontroversi berkenaan segera reda.Ketika meraikan kejuaraan Liga Perdana lima tahun lalu, Liverpool menggunakan champagne tanpa alkohol.

sumber:- stadium astro

Salah, 32, memberi sumbangan besar ketika meniti landasan kejuaraan 2024-2025 itu dengan menghasilkan 28 gol dan 18 jaringan untuk menjulang mahkota liga keduanya bersama The Reds.