sukan

Menang aksi pertama kunci momentum Malaysia

PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen menegaskan bahawa adalah amat penting untuk skuad negara memulakan kempen Piala Sudirman 2025 dengan kemenangan ke atas Perancis.

“Saya percaya permulaan yang positif amat penting untuk membina momentum sepanjang kejohanan.”Paling utama, seperti yang saya tekankan sebelum ini, adalah untuk tidak memandang rendah keupayaan lawan walaupun mereka bukan pilihan utama.

“Setiap pemain perlu mengambil serius setiap perlawanan, bermula dengan aksi sulung, dan berusaha menghasilkan keputusan yang lebih garang,” katanya.

Malaysia dijadual membuka tirai saingan Kumpulan C bertemu Perancis pada Isnin, sebelum berdepan Australia pada 29 April dan seterusnya menentang gergasi Asia, Jepun, pada 1 Mei, dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan melangkah ke peringkat suku akhir.

Senarai Pemain Malaysia galas cabaran di Piala Sudirman 2025

Perseorangan Lelaki

Leong Jun Hao

Goh Jin Wei

K. Letshanaa

Beregu Lelaki

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Man Wei Chong-Tee Kai Wun

Beregu Wanita

Pearly Tan-M. Thinaah

Go Pei Kee-Carmen Ting

Beregu Campuran

Goh Soon Huat-Shevon Lai

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

sumber:- SH

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin