Hala tuju Syafiq Ahmad masih menjadi tanda tanya.
Tamatnya musim 2024/25 menyaksikan penyerang Harimau Malaya itu akan kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas selesai menjalani tempoh peminjaman bersama Kedah.
Terdahulu, bintang berusia 30 tahun itu menyiapkan barangan untuk berpindah keluar bersama keluarganya, sekali gus menjadikan kali ketiga dia mengucapkan selamat tinggal kepada negeri utara tanah air itu.
Sang Kenari yang dibelenggu pelbagai masalah menjadi sebab utama Syafiq Ahmad meninggalkan Darulaman.
sumber:- stadium astro
Menerusi perkongsian terbaru di Instagramnya, Syafiq Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di atas kurniaan Baginda meskipun dipinjamkan keluar dari Harimau Selatan.