sukan

Sze Fei teruja kembali ke BAM

‘Bagai sirih pulang ke gagang’

Demikian luahan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei, selepas diberi peluang berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menghadapi Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung di Xiamen, China minggu depan.

Kesempatan tersebut terus digunakan untuk mempelajari teknik permainan daripada ketua jurulatih negara, Herry Iman Pierngadi.”Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai fasiliti terbaik.

sumber:- stadium astro

“Kami bersyukur dapat menimba seberapa banyak ilmu daripada jurulatih,” katanya.Malaysia diundi dalam Kumpulan C dan akan membuka saingan berdepan Perancis (28 April), diikuti Australia (29 April) dan Jepun (1 Mei).