sukan

Talian hayat KDA FC hanya 10 hari sahaja

Kedah Darul Aman (KDA) FC hanya mempunyai ‘talian hayat’ 10 hari sahaja lagi sebelum mengetahui nasib sama ada terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) ataupun mengucap selamat tinggal.

Pengendalinya, Victor Andrag bagaimanapun meletakkan harapan yang tinggi supaya kemelut kewangan yang melanda skuad Sang Kenari itu dapat ditangani bagi memastikan pasukan itu terus bersaing dalam kancah Liga M musim 2025-2026.

“Bukan saya seorang sahaja yang mengharapkan Kedah terus kekal beraksi dalam saingan Liga M pada saingan akan datang, tapi ramai lagi termasuk rakan-rakan dan juga peminat setia.

“Namun dengan masa yang berbaki 10 hari sahaja lagi yang ditetapkan oleh pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL), saya tidak pasti apa yang berlaku (sama ada kekal ataupun mengucap selamat tinggal dalam Liga M).

“Tapi kami percaya pihak pengurusan tidak akan berdiam diri sebaliknya kini giat mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi bagi memastikan Kedah terus mewarnai Liga M,” kata Victor.

Beliau berkata demikian selepas tamat perlawanan terakhir Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi yang menyaksikan skuad bimbingannya tewas 3-0bhasil jaringan Safawi Rasid, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan Nurillo Tukhtasinov.

Mengulas perlawanan itu, bekas pertahanan tengah skuad kebangsaan itu mengakui pasukannya tidak bernasib baik untuk melakar kemenangan biarpun berjaya meledak dua gol.

“Pemain bermula dengan baik terutama selepas berjaya menjaringkan dua gol awal yang dinafikan video bantuan pengadil (VAR).

“Kesilapan sendiri dengan mencipta ruang kepada lawan untuk menjaringkan gol menyaksikan kita gagal mengakhiri perjalanan liga musim ini dengan kemenangan, jika kita boleh elak, pasti kita dapat keputusan yang baik.

“Walau apa-apapun terima kasih kepada pemain dan penyokong yang sentiasa berkorban biarpun berdepan dengan masalah luar padang, tapi pemain boleh tamatkan liga, saya begitu menghargai semua, ianya bukan mudah,” katanya.

KDA FC menghadapi krisis kewangan yang serius selepas pemain dan pegawai skuad itu tidak dibayar gaji selama 12 bulan, lebih buruk apabila ramai pemain utama skuad itu ‘angkat kaki’ meninggalkan pasukan itu.

Difahamkan KDA FC perlu menyelesaikan tunggakan gaji berjumlah RM7 juta jika ingin kekal dalam Liga Super musim depan dengan pengurusan Sang Kenari diberi tempoh sehingga 30 April ini oleh MFL untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan.

sumber:- BH

Jika semuanya selesai, skuad itu boleh diselamatkan daripada disingkirkan dalam saingan Liga M.

Recent Posts

  • sukan

Dickson Nwakaeme kembali ke Kelantan

Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More

2 hours ago
  • sukan
  • tempatan

Perpindahan yang sudah dijangka

Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More

4 hours ago
  • sukan

Bayangan status Natxo Insa bersama JDT

Pemain kelahiran Sepanyol, Natxo Insa, tampak kekal bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim… Read More

5 hours ago
  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

17 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

18 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

19 hours ago