sukan

Saya mahu menangis tapi — import Kedah

Penggempur import Kedah Darul Aman, Milos Gordic, berasa sebak memikirkan nasibnya apabila pulang ke Serbia tanpa gaji.

Selepas diturunkan dalam 25 perlawanan sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga-M), pemain berusia 32 tahun dari Serbia itu buntu memikirkan kariernya berikutan kemelut gaji kelab berkenaan.

Namun, Gordic cukup terharu dengan sambutan peminat-peminat tempatan meskipun dirinya sendiri tersepit dengan situasi yang melanda.

“Saya mahu menangis tapi saya tidak boleh buka mulut.”Setiap kali anda mengajukan soalan, saya tidak dapat beritahu apa-apa.

sumber:- stadium astro

“Tapi dengan keikhlasan hati, (saya terharu) kerana saya pergi ke mana-mana pun orang akan mengucapkan terima kasih,” katanya yang menahan sebak selepas skuad Hijau Kuning menutup kempen musim ini dengan kekalahan 0-3 kepada Terengganu di Gong Badak, malam tadi.