Liga Super Malaysia 2024/2025 secara rasminya melabuhkan tirai dengan empat aksi terkahir yang berlangsung pada malam tadi menyaksikan satu musim yang sarat dengan aksi, emosi dan momen bersejarah.
Antara kejutan terbesar sepanjang musim adalah apabila pasukan yang mungkin sebelum ini dipandang enteng, Kuching City bangkit untuk menamatkan kempen di tangga keempat Liga Super yang merupakan satu peningkatan drastik berbanding musim lalu selpeas mengakhiri saingan di kedudukan ke-13.
Di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak yang mengambil-alih pasukan dia penghujung 2023, beliau melakukan perubahan besar dengan mensruktur semula 90 peratus skuad termasuk kesemua pemain import yang ternyata membuahkan hasil, sekali gus menyaksikan Namanya dicalonkan dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024/2025 dalam kategori Jurulatih Terbaik.
Prestasi The Cats dilihat ‘meletup’ apabila mereka hanya tewas 1-2 kepada JDT di tempat lawan pada 27 September September dan sejak itu meraih enam kemenangan, empat keputusan seri dan hanya satu kekalahan – – 1-2 kepada Sabah FC di Kuching pada 4 Disember — hinggalah kemenangan yang membawa antara momen terbaik selepas berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Selangor dalam 14 perlawanan berturut-turut dengan keputusan 3-2.
sumber:- stadium astro
Kejayaan dan konsistensi Kuching City ini nyata membuktikan bahawa jika sesebuah pasukan itu diatur dengan cara yang tersusun dan baik, ia mampu memberi saingan dan membuka mata ramai pihak yang pasukan yang ‘biasa-biasa’ ini juga mampu untuk cipta sesuatu.