sukan

Haqimi beri kata dua sebelum perpindahan mega bagi musim 2025/26

Penyerang muda Kuala Lumpur (KL) City, Haqimi Azim, memberikan kata dua buat pasukannya selepas mengharungi musim penuh warna-warni bagi kempen Liga Super 2024/25.

Menerusi laman Instagram, dia berkongsi: “Terima kasih, sampai mati Kuala Lumpur. Mungkin ini kali terakhir kita berdiri bersama sebagai satu pasukan. Terima kasih atas semua kenangan, gelak tawa, dan cabaran yang kita harungi bersama.

“Walaupun selepas ini kita mungkin membawa haluan masing-masing, setiap detik yang kita kongsi akan sentiasa dekat di hati. Jaga diri, semoga kita bertemu lagi.” katanya.

Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia dikhabarkan akan mengikat kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk perpindahan mega bagi musim 2025/26.

sumber:- stadium astro

Dia membantu The City Boys menutup kempen liga di kedudukan keenam dengan 31 mata daripada 24 perlawanan, selain menjaringkan gol ketika menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) 5-2 di Stadium Cheras, malam tadi.