sukan

Dua pemain bakal ikut Jejak Nidzam Jamil ke pasukan baharu

Bekas ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, dikhabarkan bakal Kembali menguruskan kelab Liga Super musim depan dengan Negeri Sembilan dikhabarkan bakal menjadi destinasi pengendali berusia 45 tahun itu.

Malah, difahamkan juga pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee , dan penjaga gawang Kuala Lumpur (KL) City, Azri Ghani turut bakal memperkuatkan skuad The Jang musim depan.

Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: “Nidzam Jamil, Jurgen Klopp ‘Malaysia’ buat come back musim depan bersama Negeri Sembilan yang difahamkan turut disertai Khuzaimi Piee dan Azri Ghani.” katanya.

sumber:- stadium astro

Negeri Sembilan bergelut untuk meraih kemenangan terutamanya di laman sendiri musim ini selepas menamatkan kempen liga di kedudukan kedua tercorot dengan hanya 16 mata.Pasukan itu hanya merekodkan empat keputusan menang, empat seri dan 16 kali tewas musim ini.