Liga Super Malaysia hampir melabuhkan tirai dengan berbaki beberapa perlawanan sahaja lagi, namun masih menerima perkhabaran kurang senang pada penghujung musim ini.
Seperti diketahui, pasukan paling jelas memiliki masalah kewangan ialah Kedah, Sri Pahang dan Kelantan Darul Naim (KDN), sebelum ini.
Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi bagi terus memperjuangkan pasukan di hadapan peminat kesayangan.Terbaru, menurut laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, difahamkan Perak turut mengalami isu tunggakan gaji yang sudah memasuki hampir lima bulan setengah.
Bagaikan barah yang semakin merebak. Pemain, barisan kejurulatihan, pegawai pasukan mahupun pengurusan terpaksa menghadapi ujian getir itu sambil memikirkan nasib apakah yang bakal terjadi seterusnya.
sumber:- stadium astro
Menurut sumber, pemain The Bos Gaurus menyambut perayaan Aidilfitri tanpa tanpa gaji. Perkara berkenaan dikatakan berlaku sejak Mei hingga Disember 2024 di mana semua yang terlibat hanya menerima pembayaran separuh.