sukan

Skuad Piala Dunia Indonesia dibelasah Korea Utara

Pasukan remaja Indonesia bolos enam gol untuk terkandas dalam suku akhir Piala Asia B-17 2025 selepas tumbang kepada Korea Utara di Jeddah, Arab Saudi, awal suku akhir.

Korea Utara mendahului separuh masa pertama dengan 2-0 disusuli empat lagi gol dalam babak berikutnya bagi meranapkan impian anak buah Nova Arianto.

Justeru, Korea Utara akan menentang Uzbekistan yang menyingkirkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

sumber:- stadium astro

Skuad Garuda Muda mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan C — menewaskan Korea Selatan 1-0, Yaman 4-1, dan Afghanistan 2-0 — yang secara tidak langsung menjamin tempat mereka ke Piala Dunia B-17 2025 di Qatar pada November depan.INDONESIA 0 KOREA UTARA 6