sukan

TERKINI : Keputusan aksi Kedah berdepan Sabah FC

Kedah Darul Aman (KDA) terpaksa akur berkongsi satu mata bersama Sabah selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan minggu ke-25 Liga Super 2024/25 di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas gerakan kaki tinggi dilakukan pemain pertahanan pasukan pelawat untuk memberikan Sang Kenari kelebihan terlebih dahulu. Sepakan penalti itu disempurnakan Amirul Hisham untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad kendalian Victor Andrag beraksi baik dalam separuh masa pertama dengan beberapa siri serangan mengancam kubu pertahanan The Rhinos untuk tambahan jaringan.

Masuk babak kedua pula anak buah Martin Stano menggandakan usaha untuk mencari jaringan penyamaan, dan beberapa usaha tidak berjaya disempurnakan dengan jaringan.

Namun, pada minit ke-61, gerakan yang dihasilkan Darren Lok bersama Miguel Cifuentes membuahkan hasil untuk jaringan penyamaan, sekali gus mengumpul satu mata berharga untuk menoktahkan tempat di kedudukan ketiga dalam saingan Liga Super 2024/25 musim ini.

sumber:- stadium astro

Dengan masih berbaki satu lagi aksi berdepan Perak, Sabah kini menduduki tempat ketiga dengan 40 mata daripada 23 perlawanan.