Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempamerkan penguasaan penuh untuk ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China sebentar tadi.
Berdepan pilihan kedua kejohanan dan jaguh tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang, Aaron dan Wooi Yik hanya menuruti rentak lawan pada awal set pembukaan tetapi selepas ‘interval’ mereka mula menunjukkan belang sebenar, termasuk meraih tujuh mata berturut-turut sebelum mencatatkan kemenangan 21-12.
Aksi lebih menarik dipamerkan mereka dalam set berikutnya untuk tidak pernah ketinggalan sejak dari awal, sekali gus mengesahkan tempat ke final dengan kemenangan 21-14 selepas secara keseluruhan bertarung selama 31 minit.
sumber:- stadium astro
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara satu lagi beregu tuan rumah, Chan Bo Yang-Liu Yi, dan wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, bagi penentuan gelaran esok.