sukan

TERKINI : Keputusan aksi Jun Hao berdepan wakil Taiwan di BAC

Tempoh 42 minit menyaksikan perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur kepada wakil Taiwan dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China sebentar tadi.

Selepas menyertai lima pertandingan termasuk Petronas Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia, Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Switzerland, anak buah Kenneth Jonassen itu terus kempunan untuk memperbaharui rekod terbaik dengan hanya menamatkan perjalanan sejauh pusingan 16.

sumber:- stadium astro

Lin Chun-Yi mudah menewaskan Jun Hao dengan kemenangan straight set 21-11-21-19 untuk mengesahkan tempat ke peringkat seterusnya, sekali gus menamatkan perjalanan wakil negara dalam kempen kali ini.