Bekas pengendali Indonesia, Shin Tae-yong, berbangga melihat prestasi skuad muda negara jiran yang berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia bawah 17 tahun (B17) buat kali pertama dalam sejarah, baru-baru ini.
Kemenangan berdepan Korea Selatan dan Yemen perlawanan Kumpulan C itu juga membuka ruang pasukan bimbingan Nova Arianto itu melangkap ke peringkat kalah mati, sekali gus menjadi lapan negara terbaik dalam kempen Piala Asia B17 di Arab Saudi itu.
Pembikinan yang sedang meningkat naik skuad akar umbi Sang Garuda wajar diberi pujian tatkala bakal membekalkan lebih banyak pilihan pemain untuk pasukan kebangsaan pada masa akan datang.
Meskipun skuad utama di bawah ketua jurulatih dari Belanda, Patrick Kluivert, dibanjiri lambakan pemain warisan, ia tidak menjejaskan semangat pemain muda tempatan untuk menonjolkan kebolehan terbaik dengan menggapai misi utama termasuk bakal menghiasi pasukan senior satu hari nanti.
sumber:- stadium astro
“Terima kasih Nova dan maaf tidak bisa sampai akhir.”Jaga pemain lokal kami dan pergi ke Piala Dunia.”Sampai jumpa lagi. Terima kasih,” katanya kepada ketua jurulatih skuad muda itu.