Sabah FC kembali ke tangga ketiga carta Liga Super selepas menang tipis 1-0 ke atas PDRM FC untuk menambah tiga mata dalam aksi di Stadium Likas, sebentar tadi.
Gol tunggal Sang Badak dijaringkan menerusi tandukan pemain pertahanannya, Dominic Tan selepas menyambut bola sepakan sudut Saddil Ramdani pada minit ke-42.
Tuan rumah berdepan tekanan pasukan lawan yang mengawal ketat pergerakan pemainnya bermula dari awal babak pertama menyebabkan tidak banyak percubaan dapat dilakukan untuk mencipta jaringan.
Hanya kesilapan pemain PDRM pada minit ke-42 membolehkan Sang Badak membuka jaringan, namun gagal menambah gol ketika perlawanan bersambung pada separuh masa kedua.
Harapan Sabah untuk menambah gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-67 selepas penyerangnya yang baru dimasukkan, Muhammad Jafri Chew dijatuhkan juga tidak kesampaian.
sumber:- BH
Jafri dijatuhkan pertahanan PDRM, Kyaw Min Oo di kawasan kotak penalti sebelum diberi sepakan penalti oleh pengadil, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzzaman, namun dibatalkan selepas beliau menyemak video bantuan pengadil (VAR).