sukan

Tak semua boleh jadi Lee Zii Jia — Menteri Belia dan Sukan

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, melihat kepada trend ramai pemain badminton yang bertindak keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak sebagai pemain profesional.

Dia turut menjelaskan pemain perlu memikirkan risiko dan tindak tanduk sebelum membuat keputusan keluar dari badan induk itu.

Menurutnya, kesukaran untuk mendapat bantuan dan penajaan turut merupakan antara masalah yang sering dihadapi beberapa pemain badminton negara yang kini bergerak sebagai pemain profesional.

“Pesanan saya kepada atlet jangan ambil jalan pintas, kadangkala jalan pintas itu nampak lumayan tetapi tidak semestinya berkekalan.

“Bila tiada ranking maka mereka tinggalkan dan atlet tidak tahu cara untuk mencari bantuan. Saya tahu memang sukar mereka mencari penajaan kerana mereka perlu berusaha sendiri untuk dapatkan dana.

“Berbeza dengan atlet dalam Program RTG. Bukan semua atlet profesional boleh jadi seperti Lee Zii Jia, itu sebabnya jangan ikut jalan pintas. Tidak semestinya infrastruktur sokongan itu padu,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut menyenaraikan dua nama baru iaitu Nor Farah Ain Abdullah dan Izzat Shameer daripada sukan boling padang yang sah akan diserap masuk ke dalam Program Podium.

Manakala, status empat lagi atlet negara kekal di bawah program podium iaitu Nurul Izzah Izzati (Berbasikal trek), S.Sivasangari (Skuasy), Muhammad Azeem Fahmi (Olahraga) dan Natasha Roslan (Bowling).

sumber:- stadium astro

“Jadi atlet terkini dalam Program Podium iaitu Nor Farah Ain dan Izzat Syamer. Mereka terima gaji daripada MSN, caruman KWSP dan PERKESO.”Kita mahu atlet muda bekerja keras untuk masuk ke Program Podium untuk dapat KWSP.” tambahnya.