sukan

Piala Asia :Keputusan aksi Vietnam berdepan Jepun

Vietnam yang turun dalam perlawanan kedua perlawanan Piala Asia 2024 B-17 dan berjaya mengikat juara bertahan Jepun 1-1 di Stadium Okadh, Arab Saudi, semalam.

Dalam pertemuan itu, jaguh Asia iaitu Jepun berjaya meledak gol pertama hasil tandukkan Minato Yoshida pada minit ke-13 perlawanan untuk menembusi gawang Vietnam.

Skuad kendalian Cristiano Rocha Canedo yang berjaya mengikat Australia pada aksi pembukaan tidak mudah mengalah untuk melakukan serangan bertali arus ke kubu gawang gol Jepun.

Keputusan 1-0 itu kekal selama 90 minit perlawanan sebelum pengadil perlawanan Morteza Mansourian menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukan Vietnam ketika masa tambahan perlawanan.

sumber:- stadium astro

Sepakan itu mudah disempurnakan penyerang gentian, Gia Bao Tran, untuk mengikat juara bertahan itu sehingga wisel penamat.
Vietnam akan menghitung perlawanan terakhir menentang United Arab Emirates untuk penentuan layak ke suku akhir Kejohanan Piala Asia B-17 nanti.