sukan

Hanya tunggu kad pengenalan biru untuk wakili Malaysia

Kapten pasukan Penang, Rafael Vitor, terus mempersembahkan permainan terpuji seiring dengan statusnya selaku pemain senior pasukan selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Paroi, malam tadi.

Sensasi Rafael bukan hanya menjaringkan gol, malah kepimpinan terpuji pertahanan berusia 32 tahun itu turut menyaksikan Penang tidak dibolosi.

Rafael Vitor turut menjelaskan bakal melakukan yang terbaik sekiranya menyertai pasukan kebangsaan selain pendokumentasiannya turut dalam proses selepas lima tahun bermastautin di Malaysia.

“Saya bercakap dengan mereka dengan Paulo dan Endrick, mereka membantu saya. Jika saya dapat peluang untuk sertai pasukan kebangsaan semestinya saya akan lakukan yang terbaik untuk Malaysia.

sumber:- stadium astro

“Dalam proses, mungkin dua minggu atau lebih lagi. Saya sudah lima tahun, saya dapat sokongan Penang, keluarga saya juga gembira di Penang.” katanya.