sukan

Media Indonesia dakwa Hector Hevel tak ikhlas

Tular menerusi sebuah media Indonesia di laman Facebook yang mendakwa pemain warisan baru negara, Hector Hevel, memilih untuk menyarung jersi Harimau Malaya adalah kerana sebuah kelab dalam Liga Super 2024/25 berbanding daripada hatinya sendiri.

Untuk rekod, Hevel melakukan debut pertamanya bersama skuad kebangsaan ketika menentang Nepal dengan dia menjaringkan gol pembukaan untuk memacu Malaysia menang 3-0 dalam perlawanan pusingan ketiga peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027.

Dalam kenyataan yang tular itu tertulis: “Pemain naturalisasi baru Malaysia, Hector Hevel Serrano yang baru debut memperkuat Malaysia saat melawan Nepal, Hector mengaku mendapat jaminan bergabung dengan kelab JDT.

“Agar dapat bermain di JDT menjadi salah satu alasan pemain baru naturalisasi Malaysia, Hector Hevel setuju untuk memperkuat pasukan kebangsaan Malaysia!

sumber:- stadium astro

“Hector Hevel juga menyebut bahawa banyak pemain Malaysia di luar negeri, yang mahu bermain untuk skuad Malaysia karena ada kemungkinan dapat menyertai JDT.” katanya.