Gol tunggal Anthony Elanga berdepan bekas kelabnya membantu Nottingham Forest menang 1-0 ke atas Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Pemain Sweden itu meninggalkan Old Trafford untuk memberi laluan pembelian mega Antony dua tahun lalu dan beraksi seperti dia mahu membuktikan sesuatu di City Ground, menjaringkan gol yang menjadi gol kemenangan, sesudah berlari dua pertiga padang hanya selepas lima minit.
Tandukan Diogo Dalot pada babak pertama singgah di palang, manakala pemain gantian Mason Mount terlepas peluang pada hujung aksi, tetapi pelawat yang berada di bawah tahap sebenar sekali lagi kekurangan sengat diperlukan untuk memperbaiki musim buruk mereka.
Kemenangan itu membantu Forest meneruskan kempen luar biasa mereka, dengan pasukan tangga ketiga kendalian Nuno Espirito Santo kini lapan mata di depan Chelsea di tangga keempat, manakala kekalahan pertama United dalam lima aksi liga menyaksikan mereka menghuni tangga ke-13.
“Kami menguasai perlawanan, tetapi kami sudah tahu pasukan ini boleh menjaringkan gol dalam situasi tidak dijangkakan,” kata bos United, Ruben Amorim kepada TNT Sports.
Susulan kemenangan 3-2 di Old Trafford pada Disember lalu, Forest tampil pada aksi itu mengintai peluang untuk melengkapkan kemenangan berganda pertama ke atas United sejak kempen 1991-92 di bawah kendalian Brian Clough.
Mereka berada di laluan terbaik tidak lama kemudian apabila Elanga menghukum bekas kelabnya kerana kesilapan di benteng pertahanan, Forest menjaringkan gol pembukaan satu aksi EPL buat kali ke-23 musim ini – lebih banyak berbanding kelab lain.
Sebaliknya, hanya Leicester City melepaskan gol pembukaan lebih banyak dalam kalangan pasukan EPL berbanding United dalam semua pertandingan.
United terus bergelut untuk mencipta peluang yang benar-benar mengancam.
sumber:- BH
Amorim membawa masuk Rasmus Hojlund, yang menamatkan kemarau gol dalam tempoh 22 jam menentang Leicester sebelum ini untuk merombak pasukannya pada babak kedua namun usahanya tidak berhasil. – REUTERS