Pemain yang sering mewakili skuad bawah 23 tahun (B23) negara, Aiman Afif Md Afizul, tetap mahu menampilkan aksi terbaik bersama Kedah meskipun kelab berkenaan dilanda masalah kewangan yang semakin meruncing.
Penyerang muda itu kerap mendapat tempat dalam kesebelasan utama Sang Kenari apabila diberi kepercayaan untuk membuktikan kredibiliti sebenar di hadapan peminat tempatan.
“Saya memulakan karier sebagai pemain bola sepak di Sekolah Sukan Negeri Kedah (Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR)) sekitar 2014.
“Pada umur 17 tahun, saya diserap ke skuad Piala Presiden Kedah bersama jurulatih terkini, Victor Andrag.”Dan selepas itu, saya dipanggil menyertai skuad utama.
“Masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan pengalaman yang harus ditimba untuk menjadi pemain terbaik,” katanya.
Menurut pemain berusia 24 tahun itu, peluang menyarung jersi kebangsaan merupakan satu perkara yang sangat dibanggakan lebih-lebih lagi pernah memakai lilitan kapten pasukan sebelum ini.
Ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, dalam segmen Pemain Eksklusif, pemain kelahiran Jitra itu menghargai jasa bekas pengendali dari Sepanyol, Juan Torres Garrido, yang melihat usaha gigihnya bermain untuk Malaysia.
“Dia sangat mempercayai saya, secara tidak langsung memberi keyakinan,” tambahnya.
Di sebalik kecekalan itu, Aiman Afif sering menjadi bualan penyokong di dalam padang tatkala memiliki iras pelakon terkenal tanah air, Aedy Ashraf Rosmadi.
Namun, Aiman Afif tidak menghiraukan perkara itu tetapi menganggap ia sebagai satu pujian dan gurauan senda orang sekeliling.
“Mungkin ada iras sedikit. Saya pun tak pasti nak beri reaksi apa.
“Rakan sepasukan juga ada yang Budak Tebing (satu siri drama popular lakonan Aedy Ashraf),” kongsinya penuh lucu.
Selain itu, Aiman Afif turut terkesan dengan permasalahan utama kelab ekoran menghadapi kekangan kewangan yang begitu serius, tetapi tetap meneruskan ujian tersebut dengan penuh sabar.
“Situasi ini memang sukar. Untuk diri sendiri, saya harus kuat semangat”Masing-masing memiliki alasan tersendiri. Saya akan teruskan perjuangan,” katanya lagi.
sumber:- stadium astro
Dia tidak berselindung mengenai hasratnya untuk kembali ke pentas antarabangsa jika sekali lagi diberika peluang bermain untuk Harimau Malaya.”Saya masih menaruh harapan. Pemain terbaik sudah pasti akan dipanggil,” ualsnya.