Penyerang Terengganu FC (TFC), Ismaheel Akinade akui teruja untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri di perantauan pada tahun ini.
Biarpun berjauhan daripada sanak-saudara yang tinggal di Nigeria, tiada perbezaan ketara sambutan pada hari kemenangan itu berbanding negaranya membuatkan dia tidak kekok untuk meraikan.
Bagaimanapun menurut pemain tinggi lampai berusia 31 tahun itu, perbezaan yang begitu ketara hanyalah berkenaan dengan menu pada hari lebaran itu.
“Sambutan perayaan di Malaysia dan Nigeria tidak jauh bezanya, kedua-duanya disambut dengan meriah dan besar-besaran dengan berkunjung ke rumah sanak-saudara.
“Jadi tahun kedua berhari raya di bumi Malaysia, saya tidak begitu kekok, lagipun ramai kawan-kawan Muslim di sini selain mereka begitu peramah, saya bagaikan jatuh hati.
“Namun, ada juga yang membezakan iaitu berkaitan dengan makanan dan keluarga, tapi saya tidak menjadikannya sebagai halangan terutama dalam mencari rezeki.
“Sejujurnya banyak hidangan yang saya suka di Malaysia, tetapi saya tidak ingat namanya cuma sekarang yang saya ingat hanya nasi lemak,” katanya ketika dihubungi.
Ketika ditanya lokasi sambutan hari raya pada tahun ini, pemain yang memakai jersi nombor sembilan itu bercadang untuk menyambutnya di luar Terengganu.
sumber:- BH
“Tahun lepas saya tidak melakukan persiapan untuk menyambutnya, tapi tahun ini saya akan menghabiskan cuti di Kedah bersama rakan sepasukan, Akhyar Rasid dan keluarganya,” katanya.