Penyokong bola sepak negara tidak akan dapat menyaksikan persembahan ‘Bruno Fernandes’ Malaysia, Hector Hevel jika bukan kerana gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pemain berdarah kacukan itu mengakui skuad Harimau Selatan menjadi ‘modal’ yang berjaya menarik beliau untuk mencurah bakti bersama skuad Harimau Malaya.
“Saya pernah berlatih bersama JDT untuk satu jangka masa. Mendapat peluang untuk berada dalam JDT menjadi salah satu sebab kenapa saya bersetuju untuk beraksi dengan negara saya, Malaysia.
“Satu penghormatan yang besar jika dapat bermain untuk negara saya dan satu keistimewaan untuk berada bersama pasukan besar,” kata pemain berusia 28 tahun itu.
Hector berkata demikian selepas menjawab komen daripada pelayar di Instagram yang memohon supaya beliau menolak sebarang tawaran daripada juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu.
Sebagai rekod, pemain Portimonense SC itu meraih penampilan sulung impian apabila berjaya meledak gol pertamanya hanya selepas 30 minit ketika membantu skuad Harimau Malaya menewaskan Nepal 2-0 pada aksi pertama Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.
Prestasi memukau ditunjukkan Hector menyaksikan beliau diangkat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan persembahan pemain itu turut mendapat pujian ramai penyokong bola sepak tempatan.
Meninjau bahagian komen di laman rasmi Malaysia NT, majoriti penyokong tampak berpuas hati dengan kualiti ditunjukkan pemain itu, malah ada yang menyifatkan pemain itu ibarat Fernandes yang juga pemain tengah Manchester United dan Portugal.
Dalam satu lagi komen berkaitan, Hector juga melihat JDT juga memiliki ‘aura’ yang kuat untuk menarik lebih ramai pemain Malaysia yang berada di luar negara untuk mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang.
sumber:- BH
“Ramai pemain Malaysia yang beraksi di luar negara akan beraksi untuk Malaysia sekarang kerana ada kemungkinan untuk menyertai pasukan besar seperti JDT.”(JDT) 10 pasukan terbaik di Asia,” katanya.