Indonesia menghidupkan peluang mereka untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 susulan kemenangan 1-0 ke atas Bahrain aksi kelayakan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
Indonesia kembali ke gelanggang keramat bagi aksi Kumpulan C, tewas 1-5 di Stadium Allianz, menyaksikan mereka mahu memastikan kemenangan di laman sendiri untuk meneruskan bermimpi layak ke pentas Piala Dunia.
Pemain ke-12 ternyata menjadi kelebihan pasukan tuan rumah apabila setiap sentuhan yang dilakukan pemain menghadirkan sorakan ibarat petir menyambar menggugat permainan Bahrain.
Gol yang dinanti-nantikan hadir pada minit ke-24, Ole Romeny memastikan dia meletak gol kedua dalam dua perlawanan buat Indonesia dan kali ini untuk mendahului Bahrain.
Gerakan cemerlang Indonesia menyaksikan Ferdinan menggunakan ruang di bahagian sayap kanan, membuka ruang buat Romeny dengan hantaran ke dalam kotak penalti.
Romeny memastikan peluang terhidang dilunas dengan jaringan buat tuan rumah.Jaringan tersebut ternyata menyuntik semangat tuan rumah untuk melancarkan serangan demi serangan bagaimanapun tiada gol berjaya diterjemah sehingga kedua-dua pasukan menuju bilik persalinan.
Bahrain meningkatkan mutu permainan dalam separuh masa kedua, cuba menghasilkan jaringan menerusi serangan demi serangan namun aksi bertahan yang cukup ampuh ditampilkan Indonesia berjaya mematahkan setiap asakan lawan.
sumber:- stadium astro
Tamat 90 minit waktu permainan dengan satu jaringan yang terhasil dalam separuh masa pertama menyaksikan Indonesia di bawah bimbingan Patrick Kluivert menamatkan perlawanan dengan kemenangan sekaligus menghidupkan aspirasi mereka untuk layak ke Piala Dunia.