sukan

Mati aku! –Rodtang

Bekas Juara Dunia ONE Featherweight Muaythai, Rodtang Jitmuangnon, dilihat enggan bertarung dengan petarung muda yang sedang meningkat naik iaitu Nabil Anane yang memiliki ketinggian 195cm.

Dalam satu video yang tular dia yang berada dalam bilik persalinan bersama Nabil sedang yang menunjukkan gerak seni mempertahankan diri dengan menggunakan kelebihan ketinggian petarung berusia 20 tahun itu kepada Rodtang.

Rodtang dalam video itu seakan tidak percaya dan berkata: “Mati aku, saya tidak mahu. Saya tidak mahu lawan dengan dia.” katanya.

Untuk rekod, petarung berdarah Algeria-Thailand itu menewaskan Superlek Kiatmookao untuk tiga pusingan untuk merangkul gelaran ONE bamtamweight Muay Thai di Saitama Super Arena, Jepun, malam tadi.

sumber:- stadium astro

Dalam pada itu, Rodtang juga hanya memerlukan seminit 15 saat sahaja untuk menumbangkan petarung Jepun, Takeru Segawa, dalam acara utama ONE 172 Kickboxing