Liverpool dilaporkan meletakkan bintang Atalanta, Ademola Lookman sebagai sasaran utama mereka pada musim panas ini jika gagal mengekalkan Mohamed Salah dengan kontrak baru.
Pemain antarabangsa Mesir itu bersama Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold dijangka akan menjadi ejen bebas pada penghujung musim ini, dengan beberapa kelab terkemuka Eropah serta pasukan dari Liga Pro Arab Saudi menunjukkan minat mereka.
Liverpool terus berusaha untuk memastikan Salah menandatangani kontrak baru di Anfield, memandangkan peranannya yang amat penting dalam membantu pasukan itu mendahului Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 12 mata.
sumber:- BH
Namun, dengan belum ada perjanjian dicapai, perancangan lain sedang dilakukan sekiranya Salah meninggalkan kelab itu.