sukan

Pecat Kluivert, panggil balik Shin Tae-yong

Meskipun jurulatih baru, Patrick Kluivert, memimpin satu perlawanan, peminat tempatan sudah menyatakan kekecewaannya terhadap kekalahan yang memalukan kepada Australia dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 di Sydney, semalam.

Bermain dengan cemerlang sambil mencatatkan penguasaan lebih daripada tuan rumah, Indonesia gagal melunaskan beberapa peluang yang menyaksikan Socceroos menyempurnakan beberapa percubaan, sekali gus memberi mimpi ngeri kepada legenda bola sepak Belanda itu.

Keputusan 1-5 sangat memedihkan tatkala kira-kira 5000 penyokong Sang Garuda hadir menonton pasukan kesayangan mereka di sana.Di sebalik keputusan yang tidak diingini itu, penyokong Indonesia melaungkan nama bekas jurulatih terdahulu, Shin Tae-yong, ketika minit akhir aksi sebagai tanda protes kepada kepimpinan tertinggi bola sepak negara itu, sekali gus turut memberi tekanan awal kepada Kluivert.

Namun, terdapat beberapa individu yang mahukan semula jurulatih asal Korea Selatan itu kembali menerajui Indonesia menghadapi perlawanan akan datang.

sumber:- stadium astro

Selepas ini, pasukan di ranking ke-127 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu akan bertemu Bahrain dengan misi hidup mati untuk mendapatkan kemenangan di Stadium Gelora Bung Karno, minggu depan.