Legenda Belanda Patrick Kluivert berdepan mimpi ngeri dalam perlawanan pertamanya sebagai jurulatih Indonesia selepas pasukannya dibelasah 1-5 oleh Australia dalam aksi kelayakan Piala Dunia, hari ini.
Indonesia terlepas penalti awal sebelum Martin Boyle menyempurnakan penalti tuan rumah dan rembatan Nishan Velupillay dalam tempoh 20 minit pertama menjadi pembuka tirai pesta jaringan di Stadium Bola Sepak Sydney.
Dua jaringan Jackson Irvine dan satu lagi daripada Lewis Miller mengesahkan kemenangan besar Socceroos manakala gol Indonesia diperolehi menerusi Ole Romeny pada lewat perlawanan.
“Keputusan hari ini sangat penting dan menjaringkan lima gol sangat membanggakan,” kata pemain terbaik perlawanan, Irvine.Kemenangan itu mencerahkan peluang skuad Tony Popovic untuk menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang pendahulu Jepun dan seterusnya layak automatik ke kejohanan membabitkan 48 pasukan di Amerika Utara tahun depan.
sumber:- HM
Australia kini meraih 10 mata, empat mata di depan Indonesia dengan berbaki tiga perlawanan termasuk aksi getir menentang China di tempat lawan pada Selasa depan.