Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye, sebentar tadi.
Kecemerlangan Olimpian negara itu meletakkan Malaysia sebagai tempat pertama acara tersebut selepas melakukan henjutan terakhir untuk menewaskan pencabar terdekat dari Perancis dan Jepun.
Kejayaan atlet kelahiran Johor itu mengulangi pencapaian The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang, yang mempertahankan kedudukan podium tertinggi tersebut, tahun lalu.
“Pertama sekali, Alhamdulillah.”Saya sendiri tidak pasti bagaimana saya mampu melakukannya.
“Ia adalah hari yang cukup panjang dan perlumbaan yang sengit.
sumber:- stadium astro
“Pasukan Malaysia dan barisan kejurulatihan sudah membuat yang terbaik.”Saya sangat gembira. Saya sudah menantikan saat ini terlalu lama.”Saya kerap memenangi tempat kedua dan ketiga tetapi hari ini saya menang emas!” katanya.