Tidak konsisten dan banyak melakukan kesilapan menghukum beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie apabila mereka gagal mara ke separuh akhir Seluruh England selepas tewas di tangan pasangan China, Jiang Zheng Bang-Huang Dong Ping, dalam aksi suku akhir hari ini.
Walaupun memulakan aksi dengan cemerlang dan memenangi set pertama 21-18, pilihan pertama kejohanan itu gagal mengekalkan momentum sebelum tunduk 8-21, 10-21 dalam dua set berikutnya.
“Kami bermain dengan baik di set pertama tetapi saya rasa pihak lawan melakukannya dengan sangat baik dalam set kedua dan ketiga dengan bangkit semula.
“Tetapi satu perkara baik yang kami dapat daripada perlawanan ini ialah kami berdua benar-benar menikmati perlawanan.”Bermain di tahap tinggi dengan intensiti tinggi seperti ini, sebenarnya agak sukar untuk diperoleh. Kadang-kadang walaupun semasa latihan anda mungkin tidak mendapat tahap yang sama.
“Jadi ia sentiasa menjadi pertarungan yang baik, cabaran yang baik semasa kejohanan. Terutamanya menentang pasangan yang kuat seperti ini,” katanya.
Sementara itu, Soon Huat mengakui gandingan China itu berjaya menampilkan aksi yang lebih baik dan konsisten berbanding mereka.
“Saya rasa kami tidak berjaya mengekalkan fokus dan daya tahan sepanjang perlawanan. Mereka bermain lebih konsisten dan kami melakukan banyak kesilapan yang memberikan kelebihan kepada lawan,” katanya.
sumber:- BH
Kekalahan itu menyaksikan pasangan suami isteri berkenaan gagal menyamai pencapaian terbaik mereka di kejohanan bertaraf Super 1000 itu selepas berjaya melangkah ke separuh akhir pada edisi 2019.