Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim melihat kualiti pemain berdarah warisan yang selama ini memperkuat barisan skuad kebangsaan sudah ‘jatuh’ dan kini tampak sudah memiliki kualiti yang hampir sama dengan pemain tempatan yang lain.
Justeru, bekas pengurus Selangor itu mengakui skuad Harimau Malaya memerlukan ‘suntikan baharu’ dan pengambilan pemain berdarah kacukan yang ‘segar’ amat diperlukan memandangkan sumber yang dimiliki ketika ini tidak mampu untuk memacu pasukan pergi lebih jauh.
sumber:- BH
“Kita tengok hanya beberapa pemain berdarah warisan sahaja yang masih boleh ‘pakai’ seperti Dion Cools, Matt Davies dan pemain tengah Selangor yang sedang meningkat, Nooa Laine.