sukan

Hanya 31 minit

Persoalan terus bermain di minda setiap individu apabila berbicara mengenai senarai 27 pemain yang dipanggil ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Malaysia bakal menghadapi Nepal bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 25 Mac ini.

Cklamovski Isnin lalu telah menyenaraikan secara rasmi skuad 27 pemain bagi perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Paling mencuri tumpuan, kehadiran pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohamadou Sumareh hingga mengundang persoalan kalangan penyokong Harimau Malaya.

Berdasarkan 10 perlawanan terdahulu yang melibatkan JDT, Sumareh berada di bangku simpanan sebanyak empat kali, tidak tersenarai dalam skuad empat kali dan hanya bermain dalam dua perlawanan bertemu PDRM dan Perak, dengan jumlah keseluruhan minit permainan sekadar 31 minit.

Untuk rekod, Sumareh pernah dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 ketika mewakili Sri Pahang, sebelum ini.

sumber:- stadium astro

Tidak dinafikan, pengalaman luas yang dimiliki oleh Sumareh dalam pentas antarabangsa sudah pastinya menjadi penyebab utama dipilih oleh Cklamovski.