Pemain beregu wanita negara, M. Thinaah, mendedahkan dia serta pasangan, Pearly Tan, bersedia untuk melupakan aksi suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England.
Kejayaan Pearly-M. Thinaah melangkah ke suku akhir dibayar dengan harga yang cukup mahal, kecederaan buku lali Pearly tidak sempat pulih sebelum aksi bertemu wakil Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida.
Jelas sekali aksi terbatas daripada Pearly, menyaksikan Thinaah bekerja keras sebelum mereka terpaksa akur dengan kekalahan 17-21, 19-21.
kami bangun pagi hari ini, kami sudah bersedia untuk ‘walkover’. Dalam sesi pemanas badan, kami tidak begitu serius dan telah membuat keputusan untuk bermain beberapa mata sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri. Entah bagaimana, kami berjaya menghasilkan perlawanan ini.
“Mungkin kerana kami bermain di pentas tertinggi dalam sukan badminton, Seluruh England cukup berprestij jadi kami tidak mahu mensia-siakan peluang apabila sudah melangkah ke peringkat ini.
“Perkara paling penting, Pearly tidak berasa sakit. Kerana jika dia menyatakan mengalami kesakitan di atas gelanggang, sudah pasti kami menamatkan permainan lebih awal.
sumber:- stadium astro
“Kami sangat berbangga kerana dapat menamatkan permainan hari ini. Kami mengetahui Pearly sukar untuk bergerak, kami enggan mengambil risiko untuk menambah kecederaan dia.”Kepada penyokong, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sorakan anda semua,”