Kebangkitan mendadak Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengejutkan seteru beregu lelaki seperti yang dijelaskan oleh pasangan nombor satu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Gandingan ketujuh dunia itu ditewaskan secara straight set oleh wakil profesional Malaysia itu dalam separuh akhir Terbuka India pada bulan lalu.
Sze Fei-Nur Izzuddin kemudian mengesahkan kejuaraan Super 750 itu dengan menewaskan pemain Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae, dalam aksi tiga set untuk merangkul trofi pertama mereka pada 2025.
Justeru, Rankireddy-Shetty mengakui terkejut dengan peningkatan yang ditonjolkan Sze Fei-Nur Izzuddin selepas ditundukan di depan penyokong sendiri.
“Mereka tiba-tiba mula bermain dengan baik. Mereka beroleh keyakinan apabila memenangi kejohanan. Mereka memenangi beberapa kejohanan pada 2024 dan saya dapat lihat mereka tiada gentar.“Mereka cukup bagus di depan jaringan. Mereka mengejutkan kami.
“Kami telah beraksi beberapa kali tetapi ini adalah kali pertama kami melihat mereka beraksi dengan corak permainan yang sama sekali berbeza, khususnya dalam dua-tiga pukulan pertama. Mereka juga yakin dengan servis flik,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Mereka sudah biasa menewaskan Sze Fei-Nur Izzuddin. Dalam lapan pertemuan, gandingan Malaysia itu hanya menang dua kali dengan yang terbaru dijelmakan di India, selepas terpaksa menunggu selama empat tahun untuk mengulangi kejayaan Terbuka Denmark.
Lebih mengagumkan, mereka meraih gelaran Terbuka Jepun, Terbuka Artik, Terbuka China dan Terbuka India yang dicapai dalam tempoh enam bulan.
Walaupun mereka terus menyinar di pentas antarabangsa, mereka tetap merendah diri malah menegaskan mereka masih bukan siapa-siapa.
sumber:- stadium astro
Mereka lebih senang dianggap ‘underdog’ dalam misi melakar lebih banyak kejutan, bermula dengan Kejohanan Seluruh England bulan depan berikutan tidak pernah melepasi pusingan pertama.
Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More
Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More