Kejohanan Badminton All England bakal membuka tirai 11 hingga 16 Mac ini, dengan barisan pemain negara berdepan cabaran di Birmingham dalam merebut gelaran kejohanan badminton tertua dunia.
Tidak dinafikan taruhan utama Malaysia kini terletak dalam kategori beregu lelaki apabila tujuh wakil negara bakal mengambil bahagian, empat pasangan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) — Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Chong Hon Jian-Mohd Haikal Nazri.
Tiga lagi terdiri daripada barisan pemain profesional, termasuk pasangan kedua dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.
Dalam kategori perseorangan, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao bagi acara lelaki manakala Goh Jin Wei beraksi dalam kategori wanita.
Kategori beregu campuran juga Malaysia memiliki barisan pemain yang pengalaman seperti Goh Soon Huat-Shevon Lai, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.
Manakala Pearly Tan-M. Thinaah menjadi wakil tunggal negara dalam kategori beregu wanita.Menjelang saingan tersebut, beberapa pemain negara telah mula turun beraksi dalam Kejohanan Terbuka Jerman (25 Februari hingga 2 Mac), diikuti Masters Orleans (4 hingga 9 Mac).
sumber:- stadium astro
Dengan perkembangan terbaru dalam sukan badminton yang ingin memperkenalkan sistem 15 mata, jangan risau saingan All England akan kekal dengan sistem 21 mata apabila Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hanya akan memulakan ujian sistem mata baharu itu bermula April dalam kejohanan yang terpilih selama enam bulan.
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More
Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More
Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More