sukan

ACLE: Apa sebenarnya berlaku sehingga Shandong Taishan tarik diri

Kelab China, Shandong Taishan, menggemparkan arena bola sepak Asia apabila secara tiba-tiba menarik diri daripada perlawanan menentang Ulsan HD dalam aksi terakhir perlingkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) semalam.

Sebenarnya, pasukan itu dikira terkeluar daripada saingan elit Asia itu kerana gagal melaporkan diri menjelang perlawanan berkenaan dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan semalam berkata pasukan itu “dianggap telah menarik diri” selepas “kelab itu mengesahkan tidak berhasrat untuk melaporkan diri” bagi pertembungan dengan Ulsan walaupun sudah berada di Korea Selatan menjelang waktu perlawanan.

Shandong dalam satu kenyataan berkata mereka tidak dapat menghadiri perlawanan itu kerana ketidakselesaan fizikal pemain.Ia mencetuskan persoalaan memandangkan alasan itu sukar diterima akal, lebih-lebih lagi mereka sedang berada di laluan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan 16.

Meninjau media-media antarabangsa, terdapat beberapa teori mengenai keputusan drastik yang diambil Shandong itu.ESPN Asia mengaitkan teori mendakwa penduduk tempatan mengepung hotel tempat Shandong menginap dan membuat demonstrasi yang bersifat politik.

SNE Sports Co pula mengaitkan penarikan diri itu dengan perlawanan Shandong sebelum ini — menentang satu lagi pasukan Korea Selatan, Gwangju FC — di mana penyokong China yang hadir di stadium mereka didakwa mempamerkan gambar individu tertentu, termasuk bekas presiden Korea Selatan, Chun Doo-hwan, dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

sumber:- stadium astro

Apapun yang berlaku, diharapkan penarikan diri pasukan itu tidak mengganggu perjalanan ACLE, terutama membabitkan wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT), yang menamatkan saingan Liga Bahagian Timur di tempat ketiga dengan 14 mata daripada tujuh perlawanan.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

12 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

14 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

14 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

15 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

16 hours ago