sukan

‘Pecat sekali ketuanya’

“Sepatutnya bukan sahaja pengadil itu dipecat, tapi Ketua Unit Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga perlu bertanggungjawab dan dipecat ataupun meletak jawatan.

“Ini kerana beliau lemah dan lambat dalam membuat keputusan sehingga peminat setia bola sepak negara ‘naik minyak’ mengenai mutu pengadilan,” kata pengadil berpengalaman yang enggan mendedahkan identitinya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas selepas pengadil kebangsaan, Fitri Maskon menjadi individu pertama dipecat daripada semua tugasan itu oleh badan induk bola sepak kebangsaan pada minggu lalu.

Jelas bekas pengadil kebangsaan itu, tindakan FAM dilihat tidak profesional serta bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah pengadil itu tapi juga membabitkan institusi kepengadilan FAM.

“Saya berpandangan keputusan dibuat FAM itu adalah lambat ketika peminat setia bola sepak negara bagaikan hilang kepercayaan mengenai prestasi pengadil dari Melaka itu.

“Sepatutnya FAM mengambil langkah awal lagi dengan menghukum pengadil itu, tapi bukan memecat sebaliknya merehat ataupun menasihatinya supaya bersara awal.

“Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya selepas unit pengadil FAM masih lagi memberi peluang kepada pengadil itu meniup wisel biarpun sudah beberapa kali mencetuskan kontroversi ketika menjalankan tugas.

“Persoalannya adakah pengadil itu ‘anak emas’ selepas FAM lambat membuat keputusan menghukumnya ketika beberapa pengadil lain yang mempunyai prestasi lebih baik kurang diberi peluang ‘beraksi’, situasi ini sudah pasti memberikan gambaran kurang sihat dan pelik lebih-lebih lagi Liga M sudah ada video bantuan pengadil (VAR),” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menambah, tindakan dilakukan pihak FAM kepada Fitri juga boleh ‘membunuh’ semangat pengadil muda dan belia untuk berkecimpung dalam karier itu.

“Saya sedar dan percaya FAM begitu serius dalam menangani isu mutu pengadilan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang ada ketikanya lemah serta tidak konsisten ketika menjalankan tugas, saya setuju 100 peratus.

“Tapi keputusan itu (pecat Fitri) bukan sahaja ‘mematikan’ kariernya tapi secara tidak langsung membuatkan pengadil yang baharu berjinak dalam bidang itu bakal meninggalkan karier berkenaan yang jelas boleh memalukan mereka jika dipecat.

“Jadi saranan saya agar unit pengadil FAM selepas ini perlu lebih bijak dalam menghukum pengadil yang disifatkan lemah sekali gus mampu memartabatkan institusi kepengadilan serta Liga M kita,” katanya.

Terdahulu, sejarah baharu tercipta dalam arena bola sepak negara selepas Fitri menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh badan induk itu sebagaimana yang dimaklumkan Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram.

sumber:- HM

Pengadil itu menunjukkan prestasi yang lemah pada perlawanan Piala MFL antara Negeri Sembilan FC menentang Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Khamis lalu.

Recent Posts

  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

17 minutes ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

59 minutes ago
  • sukan

Masih terlalu awal untuk nilai Palmero

 MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More

2 hours ago
  • sukan

Dickson Nwakaeme kembali ke Kelantan

Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More

4 hours ago
  • sukan
  • tempatan

Perpindahan yang sudah dijangka

Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More

6 hours ago
  • sukan

Bayangan status Natxo Insa bersama JDT

Pemain kelahiran Sepanyol, Natxo Insa, tampak kekal bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim… Read More

7 hours ago