Micah Richards percaya komen Ruben Amorim di media hanya menyukarkan lagi tugasnya selepas Manchester United yang sedang bergelut mengalami satu lagi kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
United tewas 0-1 kepada Tottenham, awal pagi tadi, kekalahan liga ke-12 mereka musim ini, jumlah terbanyak dalam saingan liga utama sejak 31 tahun lalu.
James Maddison menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-13 susulan kesilapan Andre Onana.
Pasukan pelawat mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi gagal menyempurnakannya dan kekalahan itu menyebabkan United berada di tangga ke-15 liga.
Selepas perlawanan, Amorim sekali lagi menegaskan bahawa tugasnya “amat sukar”, selepas mengalami kekalahan kesembilan sejak mengambil alih United pada November tahun lalu.
Bekas bintang Manchester City, Richards bagaimanapun mengkritik cara pengendali dari Portugal itu bercakap mengenai pasukannya kepada media.
Bercakap dalam podcast The Rest is Football, Richards berkata: “Apabila dia mengatakan ini adalah pasukan terburuk dalam sejarah United, apa sahaja ayat yang dia gunakan, dia tidak sedar bahawa itu akan menjadi tajuk utama setiap minggu.
“Jika dia tidak suka seseorang pemain, jika dia tidak suka (Marcus) Rashford, itu adalah masalahnya. Sebagai pengulas, kami boleh menerimanya dan menghormati keputusannya.
“Tetapi semua perkara lain di sekelilingnya membuatkan keadaan lebih sukar untuk dirinya sendiri. Dia tidak sedar apa yang dia lakukan kerana semuanya jadi kacau-bilau.”
Amorim sering bercakap secara terus terang mengenai United, dengan ulasan pedas terhadap pasukannya menjadi perkara biasa dalam temu bual selepas perlawanan dan sidang media.
Pengurus Red Devils itu pernah melabel pasukannya sebagai “mungkin yang terburuk dalam sejarah Manchester United” selepas kekalahan di laman sendiri kepada Brighton bulan lalu.
sumber:- HM
Kenyataan berani itu mencetuskan liputan meluas di media sebelum jurulatih berusia 40 tahun itu kemudian mengakui bahawa dia tersilap dan membiarkan emosinya menguasai dirinya.
Skuad Harimau Malaya dijangka terus memperlihatkan taring yang tajam apabila khabar angin mengenai kemunculan pemain warisan fasa kedua semakin hangat… Read More
Bintang ternama bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, akhirnya menggunakan pengaruh yang dimilikinya itu untuk menghantar mesej yang jelas kepada Presiden… Read More
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melepaskan 11 pemain serentak, sekali gus tidak berada dalam senarai… Read More
JAKARTA, 17 Jun – Usai tewas kepada Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bulan lalu, kini Kim Sang-sik beralih tumpuan… Read More
GARUT, 17 Jun – Pasukan futsal tempatan, Pusaka, dilaporkan bakal menghantar aduan rasmi kepada pihak penganjur berhubung insiden yang melibatkan… Read More
Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More