sukan

Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara

Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkembangan itu disahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram selepas pengadil itu menunjukkan prestasi yang lemah pada perlawanan Piala MFL antara Negeri Sembilan FC (NSFC) menentang Selangor FC (SFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Khamis lalu.

Sivasundaram menjelaskan keputusan tegas itu dibuat selepas perbincangan mendalam dilakukan bersama kepemimpinan tertinggi badan induk itu sekali gus membuktikan FAM serius dalam menangani isu terbabit.

“Walaupun keputusan tegas ini dibuat dengan hati yang berat namun ia perlu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada semua pengadil.

“Keputusan memecat pengadil adalah satu tindakan yang pertama kali dibuat kerana sebelum ini, pengadil hanya digantung tugas. Ini satu isyarat jelas supaya pengadil perlu lebih serius ketika menjalankan tanggungjawab mereka di atas padang.

“FAM tidak akan berkompromi dalam isu yang berkaitan prestasi lemah yang ditunjukkan oleh pengadil,” katanya.Mengulas lanjut isu terbabit, Sivasundaram menjelaskan berdasarkan laporan Penilai Pengadil, prestasi lemah yang ditunjukkan Fitri mempengaruhi keputusan perlawanan terbabit.

“Unit Pengadil FAM juga sudah membuat analisis perlawanan dan mendapati keputusan sepakan penalti yang diberikan oleh beliau adalah kurang tepat.

“Hasil analisis juga menunjukkan tambahan masa yang diberi iaitu 15 minit pada akhir perlawanan adalah keterlaluan sehingga menyebabkan perlawanan yang sepatutnya berkesudahan seri, berakhir dengan keputusan berbeza.

“Ini jelas membuktikan bahawa keputusan pengadil sudah mempengaruhi dan memberi impak yang jelas kepada keputusan akhir perlawanan,” katanya.

sumber:- BH

Pada aksi terbabit, sepakan penalti Harry Danish pada masa tambahan membolehkan SFC meraih kemenangan 2-1 ke atas NSFC.

Recent Posts

  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

42 minutes ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

58 minutes ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

4 hours ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

4 hours ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

6 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

6 hours ago