Bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat, menyifatkan langkah BAM menghantar skuad kedua ke Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) minggu lalu sebagai satu keputusan bijak.
Dia percaya keputusan itu memberikan ruang dan peluang kepada pemain muda untuk mengumpulkan pengalaman beraksi dalam kejohanan antarabangsa, sekali gus membantu pembangunan bakat baru dalam arena badminton negara.
“Bagi saya, keputusan untuk menghantar skuad muda ini adalah langkah yang betul.”Saya rasa kebanyakkan pasukan dalam acara berpasukan ini, seperti yang saya baca dalam kenyataan mereka, tidak banyak pemain remaja yang mempunyai peluang untuk bermain dalam kejohanan berpasukan.
“Tetapi bagi skuad ini, saya rasa tiada apa yang salah,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Bagaimanapun, Kien Keat menganggap kegagalan skuad negara mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 2017 menjadi pengajaran berguna buat skuad pelapis negara untuk menyedari bahawa tahap mereka masih jauh berbanding negara lain.
Oleh itu, mereka perlu bekerja lebih keras untuk mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang.
“Saya rasa ini harus menjadi satu matlamat bagi pemain remaja untuk mendekati pasukan-pasukan lain, supaya mereka dapat memberi impak tersendiri.
sumber:- stadium astro
“Saya masih ingat dulu, pemain China yang berumur 18 tahun sudah berada pada tahap yang tinggi.
“Pada masa itu, dia menjadi sasaran atau matlamat saya untuk mencapai tahap yang sama dalam negara atau untuk menang suatu hari nanti,” tambahnya.
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More
MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More
Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More
Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More
Pemain kelahiran Sepanyol, Natxo Insa, tampak kekal bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim… Read More