sukan

Tidak masuk akal — Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.

Pemenang Anugerah Ballon d’Or lima kali berkenaan, yang menyambut hari lahirnya yang ke-40 semalam, memulakan karier gemilangnya bersama Sporting pada 2002 sebelum menyertai Manchester United setahun kemudian.

Ronaldo kemudian memenangi tujuh gelaran liga domestik, lima kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan empat Piala Dunia Kelab spanjang bersama United, Real Madrid dan Juventus, selain turut mengetuai Portugal menjuarai Euro 2016.

Selepas kepulangannya di Old Trafford tidak bertahan lama, penyerang itu kemudian menyertai Al-Nassr pada 2023 dan telah menghasilkan 81 gol dan 19 bantuan jaringan sepanjang 89 penampilan bersama pasukan Liga Pro Saudi itu.

Kontrak Ronaldo akan tamat pada penghujung musim ini dan dia dilaporkan akan melanjutkan tempoh setahun lagi bersama pasukan bimbingan Stefano Pioli berkenaan.

Apapun, kepulangan ke pangkuan Lisbon tidak pernah berada dalam fikirannya.”Tidak, tak mungkin, ia tidak masuk akal,” katanya dalam satu temu bual yang dikongsikan The Nassr Zone.

sumber:- stadium astro

“Karier saya bermula di Portugal dan bukan kerana saya tidak gemar bola sepak Portugal atau saya fikir mereka tiada kualiti. Ia kerana setiap perkara ada waktu dan batasannya dan sejujurnya saya tidak pernah terfikir mengenainya.”

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

7 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

9 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

10 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

10 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

11 hours ago