sukan

Hadiah paling bermakna buat Hector Bidoglio

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menghadiahkan satu permainan yang hampir sempurna buat pengendalinya, Hector Bidoglio.
Ketua jurulatih dari Venezuela itu menyambut hari jadinya yang ke-57 hari ini dengan kemenangan 4-0 ke atas PDRM di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi.

Justeru, kemenangan yang menyaksikan mereka menghampiri kejuaraan ke-11 berturut-turut Liga Super itu memberikannya satu kepuasan tersendiri.

“Pasukan beraksi dengan cukup bagus.”Kami bersabar pada detik yang tepat.”Kami bermain sebagai sepasukan, tidak penting bagi saya siapa yang jaringkan gol, yang penting siapa yang berikan 100 peratus.

“Apabila pihak lawan bermain secara bertahan dan tidak banyak bergerak, selalunya sukar tetapi hantaran kami amat tepat dan baik untuk mencipta banyak peluang jaringan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam masa sama, pengendali dari Venezuela itu tidak bimbang dengan situasi kecederaan
pemain import, Jorge Obregon.

Sebaliknya memilih untuk fokus kepada cabaran dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) AFC bertemu Central Coast Mariners dan Pohang Steelers.

sumber:- stadium astro

“Dua perlawanan seterusnya sangat penting bagi kami dan kami memerlukan pemain di tahap yang terbaik.
“Saya gemar membuat rombakan sebab mereka berlatih dengan baik. Saya gembira mempunyai skuad yang sangat baik dan berkualiti,” katanya lagi.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

42 minutes ago
  • sukan

Kontrak Akhyar masih belum ditebus

Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bekas bintang Harimau Malaya mendonia

Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar biasa dalam Baller League, baru-baru… Read More

3 hours ago
  • sukan

Bintang EPL mengamuk dengan Singapura

Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Asia, Selasa lalu. Ini… Read More

4 hours ago
  • sukan

Taring skuad Malaysia makin tajam dengan kehadiran Bergson, Hidalgo

Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon naturalisasi iaitu Bergson da Silva… Read More

4 hours ago
  • sukan

Selesaikan segera isu Pearly-Thinaah

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu isu membabitkan kontrak beregu wanita negara, Pearly… Read More

5 hours ago