sukan

Manchester United kembali dimalukan di Old Trafford

Manchester United mengharungi kekalahan mengaibkan 3-1 di laman sendiri kepada Brighton dalam Liga Perdana Inggeris sebentar tadi selepas pemain sayap lawan Yankuba Minteh meledak satu gol dan mengumpan satu lagi.

Tuan rumah pula tidak dibantu oleh kesilapan memalukan penjaga gol Andre Onana.Kaoru Mitoma dan Georginio Rutter turut berada dalam senarai penjaring gol pada babak kedua buat Brighton, yang tidak terjejas apabila gol Joao Pedro dibatalkan oleh VAR kerana kekasaran.

Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti buat United menyamakan kedudukan pada minit ke-23 untuk terikat 1-1 ketika rehat tetapi selepas Brighton mendahului kali kedua, Onana melakukan kesilapan susulan hantaran leret ke dalam kotak penalti, membolehkan Rutter menampan masuk bola muntah pada minit ke-76.

Brighton melonjak ke tangga kesembilan dengan 34 mata, empat mata berbanding kelompok empat teratas.

United pula merudum satu anak tangga ke tangga ke-13 dengan 26 mata daripada 22 perlawanan.

sumber:- BH

Sementara itu, David Moyes memenangi perlawanan pertamanya di Goodison Park sejak kembali sebagai pengurus The Toffees minggu lalu apabila membenam Tottenham 3-2 manakala Nottingham Forest mengukuhkan kedudukan mereka di tangga ketiga apabila menewaskan Southampton juga 3-2. – REUTERS

Recent Posts

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan PakistanKomen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

40 minutes ago
Peluang masih ada, bukan tertutup terusPeluang masih ada, bukan tertutup terus
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

2 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

3 hours ago
  • sukan

Masih terlalu awal untuk nilai Palmero

 MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More

3 hours ago
  • sukan

Dickson Nwakaeme kembali ke Kelantan

Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More

6 hours ago
  • sukan
  • tempatan

Perpindahan yang sudah dijangka

Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More

7 hours ago