Taikun terkenal, Tan Sri Vincent Tan sedia menawarkan tempat untuk sayap lincah Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi beraksi di salah satu kelab miliknya, Cardiff City FC atau KV Kortrijk.
Bagaimanapun, beliau berkata, terpulang kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sama ada mahu melepaskan pemain berusia 22 tahun itu atau tidak.
“Sudah tentu dia terikat kontrak dengan JDT, kalau JDT sanggup lepaskan saya sedia pertimbangkan,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan ke Pulau Ketam, di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Kossan Rubber Industries Berhad, Tan Sri Lim Kuang Sia.Vincent turut memberi sumbangan peribadi kira-kira RM250,000 kepada beberapa sekolah dan kuil di pulau itu sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Beliau yang juga Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad berkata sedia mempertimbangkan kontrak lumayan kepada Arif Aiman malah lebih tinggi berbanding tawaran sebuah kelab Iran baru-baru ini.
“Ya barang kali,” katanya ketika ditanya adakah tawaran itu melepasi nilai RM1.3 juta yang ditawarkan sebuah kelab Iran untuk tempoh pinjaman enam bulan.
Terdahulu Arena Metro mendedahkam, salah satu daripada tiga kelab terkenal Iran yang beraksi di liga utama negara itu sanggup menawarkan kontrak lumayan secara pinjaman jika mendapat pelepasan JDT terutama pemiliknya, Tunku Mahkota Ismail.
Kelab itu dikatakan tertarik dengan kelincahan Arif Aiman ketika beraksi di Liga Juara-Juara Asia Elit dan Piala Asia tahun lalu.
Di ACLE musim ini, pemain kelahiran Pahang itu sudah meledak empat gol menyamai pencapaian bintang dunia, Christiano Ronaldo dari Al Nassar untuk berada di tangga keempat carta penjaring terbanyak.
Untuk rekod, Cardiff adalah kelab Wales yang beraksi di divisyen satu Inggeris manakala Kortrijk di liga utama Belgium.
sumber:- HM
Sebelum ini, Vincent memberi peluang kepada bintang muda, Luqman Hakim Shamsudin beraksi di Kortrijk dengan kontrak lima tahun.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More