sukan

TERKINI: Keputusan aksi Sze Fei-Nur Izzuddin di Suku Akhir

Beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melengkapkan hari gemilang kem negara dalam Kejohanan Badminton Terbuka India apabila mara ke separuh akhir dengan menewaskan lawan dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen, di New Delhi sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketiga, wakil negara itu hanya memerlukan 33 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-11, 21-17.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu pilihan ketujuh dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dan gandingan Korea Selatan, Jin Yong-Kang Min Hyuk, bagi penentuan ke final esok.

Kejayaan itu menyaksikan kesemua lima beregu negara yang bertanding di peringkat suku akhir hari ini lolos ke penentuan ke final, di mana satu lagi gandingan lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, turut melakarkan kemenangan dalam perlawanan lebih awal.

sumber:- stadium astro

Turut layak ke separuh akhir ialah dua beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat Shevon Lai, selain beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.

Recent Posts

Fasa kedua Ogos nantiFasa kedua Ogos nanti
  • sukan

Fasa kedua Ogos nanti

Skuad Harimau Malaya dijangka terus memperlihatkan taring yang tajam apabila khabar angin mengenai kemunculan pemain warisan fasa kedua semakin hangat… Read More

14 minutes ago
Ronaldo hantar jersi beserta mesej ‘mendalam’ kepada Presiden Trump!Ronaldo hantar jersi beserta mesej ‘mendalam’ kepada Presiden Trump!
  • sukan

Ronaldo hantar jersi beserta mesej ‘mendalam’ kepada Presiden Trump!

Bintang ternama bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, akhirnya menggunakan pengaruh yang dimilikinya itu untuk menghantar mesej yang jelas kepada Presiden… Read More

43 minutes ago
TERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintangTERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintang
  • sukan

TERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintang

Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melepaskan 11 pemain serentak, sekali gus tidak berada dalam senarai… Read More

3 hours ago
Jurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh MalaysiaJurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh Malaysia
  • sukan

Jurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh Malaysia

JAKARTA, 17 Jun – Usai tewas kepada Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bulan lalu, kini Kim Sang-sik beralih tumpuan… Read More

4 hours ago
  • sukan

Futsal Indonesia dicemari aksi kung fu

GARUT, 17 Jun – Pasukan futsal tempatan, Pusaka, dilaporkan bakal menghantar aduan rasmi kepada pihak penganjur berhubung insiden yang melibatkan… Read More

4 hours ago
  • sukan

Siapa sangka JDT ada 2 Arif Aiman

Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More

5 hours ago