sukan

Terbuka India : Jun Hao gembira selepas berjaya singkir bintang dunia

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao gembira selepas berjaya menewaskan lawan dari China, Li Shi Feng pada Terbuka India 2025 semalam.

Pemain yang berada di ranking ke-28 dunia berkata, kesabarannya dalam permainan membuahkan hasil, memandangkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, tidak berpihak kepadanya.

“Sudah tentu kemenangan ini sangat bermakna kerana sebelum ini, saya tidak pernah menang melawan dia (Shi Feng).

“Shi Feng adalah lawan yang sukar, dari segi fizikal dan pukulan strok yang kuat, banyak membuat serangan serta serba boleh. Saya hanya melakukan apa yang boleh dan bermain sebaiknya,” katanya menerusi rakaman audio yang dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media.

Semalam, Jun Hao melakar kejutan apabila menewaskan pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 itu dalam perlawanan tiga set 18-21, 21-17, 21-17 untuk mara ke pusingan kedua.

Pemain berusia 25 tahun itu akan bertemu seorang lagi pemain China, Weng Hongyang pada esok, bagi menempah tempat ke peringkat lapan terakhir.

Berhubung pertembungan esok, Jun Hao berkata, walaupun lawan dari China itu sukar untuk ditewaskan, namun beliau akan memberi tumpuan kepada proses pemulihan dan meningkatkan rentak permainan untuk menempatkan diri ke lapan terakhir.

Sementara itu, pasangan beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei teruja selepas mencapai ranking tertinggi dalam kerjaya mereka, apabila melonjak ke kedudukan ketiga dunia.

sumber:- SH

“Sudah tentu, kami berbangga dengan pencapaian itu, tetapi kami akan tetap merendah diri dan terus berusaha untuk menang,” kata Tang Jie. – Bernama

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

4 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

5 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

6 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

6 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

6 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

8 hours ago